Wednesday 3 August 2016

Day 4 - PSY posting


Akal.

Nikmat yang Allah beri hanya untuk manusia.

Jauhi lah kau dari segala yang memudaratkan.

Jauhi dadah. 

Pesan lagi,
Jangan tinggal solat 5 waktu.
Banyakan berdoa dan berzikir.
Mohon keampunan dari-Nya.

Walaupun kau gila, tapi kau tak bodoh.

Tuesday 2 August 2016

Day 3 - PSY posting


Hai. 

Hari ini aku stress. Aku stress bila fikir pasal patient.
Mana tak nya, aku yg sedang sakit telinga dimana bila nak tidur dengar bunyi berdengung pon tak dapat tidur. Tambah pula patient PSY yang dengar suara, mesti lagi tak dapat tidur.

Patient schizophrenia ni bole dengar suara orang yang mana kita tak dengar. Lagi, bole nampak bayang-bayang yg mana org normal tak nampak benda tu. Selain itu, bole bau yang kita tak bau. Bole rasa sesuatu tengah berjalan atas badan. Dan, bole rasa pelik pada lidah.

Aku kasihan.

Kadang-kadang tu, aku tertanya-tanya, bila mana iman aku lemah, oh tuhan kenapa perlu jadi mcm ni?

Siapa aku untuk mempertikai kuasa tuhan.


Ya tuhan, ampuni aku! 

Day 2 - PSY posting


Hai. 

Agak gembira aku hari ini.

Pesakit sangat melucukan hati ini.

Ada yang suka menyanyi.

Ada yang suka melukis.

Dan ada yang suka menyembang. 

Day 1 - PSY Posting


Hai. Hari ini adalah hari pertama aku di wad mental.

Aku nervous.

Takut.

Pelbagai fikiran bermain di minda.

Takutnya, kalau terjadi apa-apa.

Namun, mereka adalah manusia. Mereka punya kisah hidup berbeza.